Lelah

Aku mengaku kalah. Kalah dengan kedegilan, kesakitan, kegagalan, keletihan, dan segala macam perit yang lain.

Aku sudah lelah untuk bertarung. Aku tahu aku tidak akan jadi juara dalam hal ini. Jadi, mengapa perlu aku serahkan sisa baki tenaga yang ada untuk pertandingan yang tidak berpenghujung ini.

Ambillah jasad ini. Ambillah hati ini. Kerat dan hirislah mengikut apa saja bentuk yang kau mahu, Setan.

Ambik semua. Ambik.

 

Advertisements

Jalan Pulang

Hari ni aku bangun jam 12 tengahari setelah jam 2 pagi baru berjaya melelapkan mata. Itu pun selepas aku lelah menghembus nafas semangat ke dalam sanubari ini.

Hari ni juga rasa dada aku semakin simpit, nafas aku tidak cukup panjang untuk berdepan dunia. Tugasan aku masih belum selesai. Aku juga kuathir jika jalan menjadi penulis ini yang harus aku lalui. Aku masih bergelut dengan fasa existential crisis. Resahnya masih sama. The struggle is far too real.

Aku segan sebenarnya. Aku segan dengan dunia. Aku segan yang dunia mengakui aku seorang manusia yang tidak punya hati yang baik. I’m not a kind person, I don’t have a good heart.

Teman baik aku, Sara yang sedang menjalani kuliah Phd di Miami mengirim teks pesanan ringkas di WhatsApp. Mudah soalan yang Sara tanyakan, “Hey babe, are you okay?”

Aku tidak membalas dengan serta merta. Aku biarkan dulu soalan itu berlegar di kepala aku, padahal aku mencari jawapan yang selayaknya, yang benar-benar mewakili perasaan aku dan tingkah laku aku.

Yang sebenarnya, aku mahu mencari jalan pulang. Jalan pulang ke rumah yang aku sudah lama aku diami.

Rumah yang berdirikan tiang sepasang tangan dan dengupan jantung seorang manusia.

A home that mended me, reassembled me, nourished me and loved me like no other, during a time when I thought healing was impossible.

Steady, faithful, ceaselessly present. Patient, does not judge.

Hari ini, perjalanan mencari rumah itu aku teruskan. Rumah lama yang menjadi saksi pertumbuhan aku sebagai seorang manusia tidak lagi mahu aku di situ. Aku hanya sekadar parasit di sana. Mungkin. Aku tidak tahu. Manusia yang berkromosom XY ini bukan seperti manusia lain. Istilah komunikasi itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup dia.

Hari ini juga, jalan pulang ke rumah agak sepi. Leburaya yang lurus dan gelap. Tidak kelihatan cahaya yang mahu menerangi jalan ini.

Aku hanya mampu berharap peta yang dikirimkan Tuhan dapat membawa aku pulang ke rumah.

Dear Ex,

I am not your enemy; I’m simply a girl who happens to fit a little bit better with your ex at this point in life. If you still love him, like you say you do, then you need to let him go. Allow him to be happy with me—because we were both broken and together we found a way to mend each other. Don’t think he’s forgotten all about you. He is the man he is today partly because of you. I thank you and I respect you.

Yours truly,

Aneh

Ada masa, aku keliru. Ada masa, aku penuh dengan ketakutan. Ada masa, aku gembira. Perasaan ini bercampur baur.

Entah kenapa kali ini, aku sukar memberi cinta ini pada yang selayaknya.

Cinta aku kepada aksara dan ayat. Namun, cinta ini seringkali menyesakkan dada, membuta mata, memekakkan telinga akan realiti. Realiti yang perih dan sakit. Seakan-akan menyimbah acid dan garam pada luka yang bernanah.

Orang kata, cinta mampu membunuh. Dan juga memulihkan.

Tapi, hari ini, cinta ini bukan lagi membunuh.

Dia menjerut segenap rasa ada.

Malas

Maaflah kalau entri aku hari ini mengundang cerca. Hati tengah panas, di tambah dengan masalah yang menyesakkan dada ni.

Bukan apa, pena aku malas bekerja hari ini. Jari aku terlebih rajin. Kepala penuh dengan to-list yang tak pernah surut. Perut menahan lapar. Rambut dan ketiak pula ketagih akan kebersihan.

Sudahlah.

Baik aku keluar jalan-jalan cari duit. Mana tahu, Tuhan bagi malaikat.